sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan!!

sooka, perkhidmatan penstriman versi mudah alih terbaru di Malaysia yang menyiarkan hiburan kegemaran Malaysia, meraikan Merdeka dengan pelbagai filem ikonik tempatan yang disusun khas menerusi kempen ‘sooka Dooka Kita Bersama, Sentiasa’ yang boleh distrim dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Kempen ini turut menawarkan promosi istimewa untuk kedua -dua pelan VIP yang sedia ada mulai 27 Ogos 2021.

Kempen ‘sooka Dooka Kita Bersama, Sentiasa’ akan menyampaikan pelbagai filem eksklusif yang telah mencorak kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia, yang kini boleh distrim oleh para penonton secara terus di dalam peranti mudah alih mereka. Barisan filem-filem ikonik yang disusun khas termasuklahTalentime dan Mukhsin arahan pengarah tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad; Buli, Papadom, dan Appalam arahan Afdlin Shauki; Cinta dan Sepi arahan Kabir Bhatia; dan filem-filem klasik arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tidak dilupakan ialah filem-filem terkini Malaysia seperti Polis Evo 2, Aku Posmen, Ola Bola, Hantu Bonceng 2.0, Mael Totey, dan kisah kehidupan wira negara Datuk Lee Chong Wei dalam filem yang memberi inspirasi kepada semua berjudul Lee Chong Wei.

Ketua Program sooka, Emarina Mohd Kamal berkata, “Kami percaya bahawa filem adalah salah satu bentuk hiburan yang memberikan impak paling besar kepada kita, supaya cerita yang dekat dengan hati kita dapat dikongsi degan semua. Talentime, dan Ola Bola adalah contoh terbaik penceritaan tentang kehidupan seharian masyarakat Malaysia; seperti cinta kepada bola sepak, atau memori semasa kita berada di bangku sekolah, yang boleh menyatukan dan memupuk semangat kemasyarakatan sesama kita.

Untuk memulakan perjalanan sooka anda, muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google
Playstore. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sooka, ikuti sooka di Facebook (sooka
Malaysia) dan Instagram (@sookamalaysia), atau layari sooka.my.

You might also like