Lagi! Peranti Berkuasa Kuda realme X2 Pro Bakal Menjelang Di Pasaran Malaysia?!

realme Malaysia baru-baru ini berlumba-lumba memperkenalkan peranti baharu mereka, setelah realme XT yang baru sahaja dilancarkan minggu lepas kini terjumpa pula satu lagi peranti berkuasa kuda di SIRIM.

Melalui kod model yang dipaparkan, RMX1931 ini dipercayai adalah realme X2 Pro yang sedang menerima pra-tempahan di pasaran Eropah.

Walaupun masih tidak mendapat pengesahan dari pihak realme Malaysia bahawa kesahihannya, namun tidak mustahil model ini akan dijual tidak lama lagi.

realme X2 Pro merupakan peranti yang berprestasi tinggi, dilengkapi cip pemproses Snapdragon 855+ dengan sokongan RAM sebesar 12GB serta 256GB ROM.

Paparan skrin 6.5 inci Super AMOLED ini dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 5, spesifikasi berkuasa termasuk sokongan teknologi pengimbas cap jari pada skrin, sistem penyejukan cecair, kamera utama 64MP + 13MP + 8MP + 2MP, kamera swafoto 16MP serta bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 50W.

realme X2 Pro mulai dijual di Eropah dengan tawaran harga seperti berikut:

  • 6GB RAM + 64GB ROM – EUR399 (~RM1,851)
  • 8GB RAM + 128GB ROM – EUR449 (~RM2,083)
  • 12GB RAM + 256GB ROM – EUR499 (~RM2,315)

____________________

BACA JUGA:

 

You might also like