
Reka Bentuk iPhone 12 Terdedah! Kali Ini Empat Kamera!
Siri iPhone 11 baru sahaja dilancarkan dan seperti biasa rekaan konsep bagi siri seterusnya akan disebarkan dari semasa ke semasa, sudah tentu tidak ketinggalan bagi iPhone 12 tahun hadapan.
Terkini reka bentuk iPhone 12 pula tertiris, ia masih menggunakan rekaan panel belakang yang sama dengan siri iPhone 11. Namun kali ini ruangan kamera utama akan dibekalkan empat kamera, bermakna siri baharu akan membawa keupayaan kamera yang lebih berkuasa.

Sebelum ini iPhone 12 dikhabarkan akan menyokong rangkaian 5G bersama penggunaan cip A14 5nm. Di samping itu, supaya lebih menepati peranti gaming sedia ada di pasaran, iPhone 12 juga akan hadir dengan skrin 120Hz kadar segar.

