
Golden Screen Cinemas (GSC) telah melancarkan konsol realiti maya tercanggih, VAR BOX di pawagam GSC EkoCheras, baru-baru ini. Perkongsian strategik dengan penyedia hiburan realiti maya terkemuka, VAR LIVE membolehkan GSC memperkenalkan VAR BOX sebagai sebahagian daripada usaha menciptakan pengalaman sinematik terbaik buat penonton.

Melaluinya, penonton boleh menguji kemahiran menembak dengan Double Tap. Ia terdiri daripada enam pilihan mod mini permainan termasuk Battle Arena, Zombie Street 1, Zombie Street 2, Cabaran Extreme, Rescue Hostage dan Range Shooting. Untuk masa ini, kredit untuk VAR CARD hanya boleh dibeli melalui e-kiosk.
Bagi yang berminat, VAR BOX ini boleh didapati di GSC EkoCheras, GSC Melawati Mall dan GSC SetiaCity Mall. Kemudiannya, diikuti oleh lapan lokasi lain termasuk GSC MyTOWN, GSC 1 Utama, GSC Southkey JB, GSC Sunway Big Box, GSC Gurney Plaza dan GSC Suria Sabah. Untuk makluman, GSC adalah satu-satunya pawagam di Malaysia yang menyediakan VAR BOX secara eksklusif.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemaskini terkini berkaitan VAR BOX di GSC EkoCheras, ikuti GSCinemas di Facebook, Twitter, atau Instagram atau lawati laman web di www.gsc.com.my. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

