Samsung Galaxy Studio Pertama Di Malaysia Dibuka Kepada Orang Ramai

Samsung hari ini secara rasminya melancarkan Samsung Galaxy Studio pertama di Malaysia. Bermula esok, para pengunjung boleh merasai pengalaman menggunakan peranti induk Galaxy Note8 yang terbaru serta barisan produk lain.

Gear S3 dipamerkan bersama pelbagai jenis tali

Istimewanya studio ini, ia menyediakan khidmat serta penerangan yang lebih terperinci mengenai peranti yang tidak boleh didapti di kebanyakan Samsung Experience Store yang biasa kita lihat.

Galaxy Note8 dan skrin di dalam air memaparkan gambar selfie melalui sambungan NFC
Kakitangan studio melakukan demonstrasi Gear 360

Pengunjung yang melangkah masuk akan diberikan peluang menggunakan ruang tiub khusus untuk kamera Gear 360 selain menikmati teater 4D yang cukup mengasyikkan. Sementara itu, terdapat juga beberapa zon seperti zon demonstrasi kalis air, zon S-pen, zon Bixby, dan zon kecergasan untuk pengunjung menguji stamina mereka menggunakan basikal statik.

 

Galaxy Note8 bersama Gear Fit2 Pro digunakan pada basikal kecergasan

Galaxy Note8 dan Gear VR pada kerusi 4D

Samsung Galaxy Studio ini terletak di Jalan Bukit Bintang berhadapan pusat beli belah Lot 10, Kuala Lumpur. Pembukaan studio ini juga adalah yang ke-5 selepas Sydney, Stockholm, Dubai dan Hong Kong. Di sini anda boleh mendapatkan beberapa produk lain seperti Gear Fit2 Pro, Gear S3, Gear IconX, powerbank, dan sarung pelindung untuk dibeli.

 

Galaxy Note8 di samping Gear IconX

Samsung Galaxy Studio akan dibuka kepada orang ramai bermula esok 27 Oktober 2017 malah kepada pengunjung yang membuat pembelian Samsung Galaxy Note8 sehingga 29 Oktober depan akan menerima Gear VR secara percuma.

You might also like