Samsung Memulakan 2017 Dengan Pelancaran Siri Terbaru Galaxy A (2017)

1Samsung memulakan tahun 2017 dengan memperkenalkan dua peranti terbaru di bawah siri Galaxy A dengan model Galaxy A7 (2017) dan A5 (2017).

Meneruskan reputasi mereka dalam penghasilan peranti yang bermutu tinggi dari segi rekaan dan kualiti binaan, Galaxy A7 (2017) dan Galaxy A5 (2017) dibina menggunakan gabungan kerangka besi dan panel gelas di mana kita sekali lagi dapat melihat rekaan sisi melengkung pada edisi terbaru ini.

galaxy_a5_gold
Galaxy A5 (2017) Gold
galaxy_a7_black
Galaxy A7 (2017) Black

Kedua-dua peranti ini juga merupakan peranti kelas pertengahan pertama dari Samsung yang hadir dengan pengkelasan IP68 di mana ia mampu bertahan di kawasan berdebu dan juga kalis air. Jadi anda tidak perlu risau apabila melakukan apa sahaja aktiviti luar, asalkan jangan pula merendam peranti ini lebih dalam daripada 1.5 meter, lebih daripada 30 minit.

Skrin AMOLED sememangnya sudah sinonim dengan nama Samsung, pada siri terbaru ini Galaxy A7 (2017) dilengkapi skrin AMOLED Full HD 5.7 inci, manakala Galaxy A5 (2017) pula mempunyai skrin AMOLED Full HD 5.2 inci. Selain itu kapasiti bateri siri terbaru ini juga dipertingkatkan berbanding siri lalu, dengan Galaxy A7 (2017) dilengkapi bateri 3600mAh dan Galaxy A5 pula berkapasiti 3000mAh. Kedua-dua peranti menyokong fungsi fast charge.

enjoy-phonesSeiring dengan pelancaran siri Galaxy A terbaru ini, Samsung juga mengumumkan bahawa Samsung Pay sudah sedia untuk digunakan pada peranti ini dengan menggunakan teknologi NFC (near field communication) dan juga MST (Magnetic Secure Transmission). Buat masa ini, hanya pengguna Maybank yang berada di dalam program Open Beta sahaja menikmati fungsi ini, namun tidak lama lagi servis ini akan dibuka dengan kerjasama CIMB, Citibank dan Standard Chartered.

Buat masa ini, Galaxy A7 (2017) dan A5 (2017) ditawarkan di dalam variasi warna Black Sky dan Gold Sand, namun jika anda berminat dengan dua warna lain, iaitu Blue Mist dan Peach Cloud, anda perlu menunggus sedikit masa lagi kerana ia akan tiba lambat sedikit berbanding dua warna yang disebut awal tadi.

a7-2017
Galaxy A7 (2017)
a5-2017
Galaxy A5 (2017)

Samsung Galaxy A7 (2017) dijual pada harga RM 1,899 dan A5 (2017) pula RM 1,699.

level-u-pro
Headphone Level U Pro

Bagi mereka yang ingin melakukan pra-tempah, anda boleh pergi ke mana-mana stor Samsung yang mengambil bahagian untuk menempah peranti ini sekaligus mendapat tawaran istimewa dari Samsung, iaitu sebuah peranti headphone Level U Pro bernilai RM 399 bagi setiap tempahan peranti.

Pra-tempah ini akan bermula 6 Januari sehingga 22 Januari 15 Januari 2017. Pra-tempah atas talian pula boleh dilakukan di Lazada dan 11street.

 

Spesifikasi Galaxy A7 (2017) & A5 (2017)

Galaxy A7 (2017) Galaxy A5 (2017)
Bahan Binaan Panel gelas 2.5D +3D + kerangka besi Panel gelas 2.5D + 3D + kerangka besi
Paparan 5.7” FHD Super AMOLED 5.2″ FHD Super AMOLED
Kamera Belakang: 16MP PDAF (f1.9)
Hadapan: 16MP FF (f1.9)
Belakang: 16 MP PDAF (f1.9)
Hadapan: 16 MP FF (f1.9)
Cip pemproses 1.9GHz Octa-core 1.9GHz Octa-core
Rangkaian LTE Cat.6 LTE Cat.6
Memori 3GB RAM + 32GB ROM dengan sokongan microSD sehingga 256GB) 3GB RAM + 32GB ROM dengan sokongan microSD sehingga 256GB)
Bateri 3600mAh, Fast Charging 3000mAh, Fast Charging
Dimensi 156.8 x 77.6 x 7.9 mm
186g
146.1 x 71.4 x 7.9 mm
159g
Lain-lain USB Type-C, Fingerprint, MST USB Type-C, Fingerprint, MST
Harga RM 1,899 RM 1,699

 

 

You might also like