Logitech Menyediakan Fon Kepala G433 Dan G233 Prodigy Khusus Untuk Permainan Video

Logitech G433 7.1 Gaming Headset

Para gamer mengganggap fon kepala adalah penyelamat kepada mereka kerana fon kepala adalah alat yang membantu bagi melancarkan permainan mereka. Mendengar bunyi-bunyi halus atau gerakan musuh dapat didengar di telinga tanpa membuka pembesar suara dengan kuat. Apa yang perlu pemain dapatkan ialah produk Logitech yang baru sahaja dilancarkan iaitu G433 dan G233 yang dijual pada harga RM499 dan RM369 setiap satu.

Logitech G233 Prodigy Gaming Headset

Kedua-dua model ini dibekalkan dengan teknologi Pro-G, iaitu menyalurkan bunyi berkualiti tinggi yang jernih dan jelas. Ia juga ditambah dengan ciri DTS Headphone 7.1 untuk memberi bunyi sekeliling yang mengasyikan. Selain itu, Logitech G433 dan G233 ini direka untuk tahan lasak, ringan dan selesa untuk dipakai dalam tempoh masa yang lama.

Fabrik lembut pada Logitech G433 7.1 Gaming Headset

Material yang digunakan untuk fon kepala Logitech G433 ini menggunakan fabrik lembut anti kekotoran yang mudah ditanggalkan dan senang untuk dibersihkan. Ia didatangkan dengan warna Royal Blue, Fire Red dan Triple Black, manakala Logitech G233 hadir dengan warna hitam bersama warna Cyan Blue untuk pad telinga.

Logitech G433 dan G233 sesuai digunakan pada semua komputer, komputer riba, konsol permainan seperti Playstation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan telefon pintar.

You might also like