
Rasanya sudah lama pengguna U Mobile menunggu tawaran seperti ini dari U Mobile, dan akhirnya ia sudah tiba.
U Mobile telah lama menyediakan pakej Video-Onz yang memberikan data streaming percuma kepada pengguna mereka , kini mereka tampil pula dengan Music-Onz yang pasti akan dihargai para peminat muzik, terutama sekali golongan pengguna yang kerap menggunakan servis streaming muzik.
Terdapat 12 saluran streaming yang boleh pengguna U Mobile akses dan stream tanpa perlu risau akan kekurangan kuota data Internet mereka selepas ini. Antara platform popular yang ditawarkan di dalam Music-Onz adalah Spotify, JOOX, Tidal, KKBOX dan beberapa saluran radio yang popular.
Video-Onz boleh dinikmati secara automatik pelanggan prepaid, Hero postpaid dan pengguna broadband U Mobile dengan syarat mereka hendaklah mempunyai langganan aktif Internet bersama U Mobile. Tiada had kuota data dikenakan pada pakej Music-Onz, jadi anda boleh dengar sepuas-puasnya lagu kegemaran anda.