- Iklan -

Digi Beri Sokongan Kepada Para Pelanggan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh

- Iklan -

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) meneruskan komitmennya untuk membantu para pelanggan agar mereka dapat kekal terhubung dengan kehidupan sosial, pembelajaran, dan pekerjaan masing-masing ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menyeluruh sekarang.

Mengekal kualiti servis rangkaian

Keutamaan Digi adalah untuk menjamin ketersediaan dan ketekalan servis rangkaian, khususnya di kawasan perumahan,  serta pusat perubatan dan vaksinasi. Pasukan kerja rangkaian kami telah digerakkan sepenuhnya dan sedang berkhidmat sepenuh masa untuk memastikan servis rangkaian dan keterhubungan dijaga dengan sebaiknya . Ia merangkumi tugas menaik taraf kapasiti di kawasan trafik  tinggi serta menambah baik liputan kawasan terbuka dan tertutup ekoran peningkatan penggunaan internet oleh orang ramai bagi tujuan pembelajaran serta pekerjaan dalam talian, selain menyahut seruan kerajaan untuk kekal berada di rumah.

Memastikan seluruh saluran perkhidmatan bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan

Digi terus menyediakan seluruh saluran perkhidmatannya kepada para pelanggan, termasuk meningkatkan keupayaan saluran digitalnya untuk memudahkan pelanggan membuat transaksi dalam talian, di samping menggalakkan lebih ramai pelanggan untuk kekal berada di rumah serta memanfaatkan khidmat layan diri.

  • Laman web Digi yang sudah dinaik taraf membolehkan para pelanggan membuat tiga jenis transaksi tanpa perlu log masuk:
  • Tambah nilai dan bayaran bil juga boleh dibuat bagi pihak ahli keluarga, di mana para pelanggan kini boleh membantu ibu bapa, adik beradik dan rakan merekauntuk kekal terhubung.
  • Saluran layan diri yang disediakan secara digital melalui aplikasi MyDigi dan Digi Online Store boleh diakses 24/7.
  • Talian Khidmat Pelanggan, ‘Live Chat’ dan platform Media Sosial terus beroperasi dengan kakitangan 24/7.
  • Untuk bantuan khidmat pelanggan di luar talian apabila diperlukan, Digi Stores dan Digi Store Express masih dibuka dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan waktu operasi seperti digariskan oleh kerajaan serta badan penguatkuasaan yang relevan. 

Produk dan perkhidmatan untuk memenuhi pelbagai segmen serta kemampuan pelanggan 

Ekoran peralihan pesat rakyat Malaysia ke transaksi dalam talian bagi perihal peribadi dan perniagaan semasa perintah kawalan pergerakan, Digi menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk faedah tambahan dalam tempoh terhad bagi memenuhi keperluan serta kemampuan para pelanggan yang berbeza. 

Prabayar

  • Pelanggan prabayar Digi akan menikmati masa berbual tambahan sebanyak 10% apabila mereka menambah nilai dalam talian.

Pelajar 

Komuniti B40 

  • Di bawah program Jaringan Prihatin, para pelanggan yang layak boleh membuat pilihan antara rebat RM180 merangkumi pelbagai pelan prabayar dan pascabayar, atau subsidi RM300 untuk telefon pintar dan tablet. Dalam PKP Menyeluruh ini, pelanggan hanya perlu mendaftar dalam talian dan kad SIM atau peranti pintar yang dipesan akan dihantar ke rumah masing-masing – https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm.

Jalur lebar fiber, 3X lebih pantas 

  • Digi Fibre 150 yang baharu didatangkan dengan internet tanpa had berkelajuan tinggi sehingga 300Mbps pada harga serendah RM100. Pelan dengan kelajuan 3X ini adalah tawaran dalam tempoh terhad eksklusif untuk pelanggan Pascabayar Digi, yang mungkin memerlukan data tambahan untuk kekal terhubung bersama seluruh keluarga – https://www.digi.com.my/shop/broadband/fibre 

Data tambahan untuk produktiviti dan pembelajaran 

Sumber e-pembelajaran tambahan untuk pelajar sekolah

  • Melalui aplikasi MyDigi, para pelajar juga boleh melengkapi sesi pembelajaran dalam talian mereka dengan melanggan JomTuisyen dengan bayaran RM10/sebulan sahaja dan mendapat akses ke atas 10,000 lebih video-video pendidikan. Keluarga dengan anak-anak di bawah peringkat Darjah 6 juga boleh melanggan Zapzapmath Home, iaitu medium pengajaran matematik yang menarik dan interaktif pada harga RM2/seminggu sahaja.

Perusahaan mikro dan kecil

Untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam mendigitalkan perniagaan mereka, pakej PENJANA Digi Business dapat ditebus melalui Geran Digitalisasi PKS oleh Kementerian Kewangan. Ia menawarkan PMKS subsidi dan penjimatan sebanyak RM6,000, selain solusi-solusi digital tanpa kos tambahan – https://www.digi.com.my/business/digital-transformation/sme-grant 

Digi akan terus berusaha untuk memastikan para pelanggan kekal terhubung dengan apa yang bermakna bagi mereka, dan ingin mengambil peluang ini untuk menyeru orang ramai menjaga keselamatan diri dan masyarakat dengan kekal berada di rumah, serta mematuhi SOP pada setiap masa bila berada di tempat awam. Ayuh kita utamakan keselamatan dan kuatkan semangat demi Malaysia.

- Iklan -

You might also like