EMUI 10 Bakal Diperkenalkan Pada 9 Ogos! Menambah Ciri Baharu Underwater, Sokong Lebih 30 Peranti HUAWEI & HONOR!

HUAWEI EMUI 10 yang dinanti-nantikan oleh peminatnya, kini mendapat kepastian bahawa ia bakal diumumkan pada acara HUAWEI Developer Conference 2019 (HDC 2019) yang berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos 2019.

Menurut apa yang dikongsi, EMUI 10 yang berasaskan Android Q ini tidak mempunyai terlalu banyak perbezaan berbanding EMUI 9.1, apa yang menjadi tarikan salah satunya adalah sokongan ciri baharu yang dikenali sebagai Underwater pada kamera.

Ciri Underwater

Adakah HongMeng OS yang menjadi perbualan panas akan didedahkan buat pertama kalinya dalam acara tersebut? Tidak diketahui lagi namun menurut pihak HUAWEI, sistem ini akan lebih memfokuskan pada pembangunan IoT seperti pemanduan automatik dan perubatan secara kawalan jauh. Bagi peranti pintar pula, Android tetap menjadi keutamaan bagi semua peranti HUAWEI.

Khabar angin mengatakan peranti yang bakal menerima kemas kini EMUI 10 seperti berikut:

Maklumat lebih lanjut, ikuti laporan kami kemudian ya.

 

 

You might also like