Facebook Didenda RM528 Juta Kerana Salah Beri Maklumat Tentang WhatsApp

Facebook didapati bersalah tidak memberi maklumat lengkap tentang penggabungan kembali dengan WhatsApp pada tahun 2014 kepada Suruhanjaya Eropah. Kerana tindakan ini, rangkaian sosial itu perlu membayar denda berjumlah € 110 juta (kira-kira RM528 juta) kepada badan eksekutif EU.

Isu ini bermula sejak 2016, apabila Facebook mengumumkan perubahan dalam Terma & Syarat WhatsApp, yang memberitahu pengguna mereka boleh menghubungkan akaun di kedua-dua platform. Sementara, Suruhanjaya berkata Facebook mendakwa pada tahun 2014 ciri-ciri tersebut tidak akan didapati pada masa akan datang, tetapi nampaknya, mereka secara terang-terangan berbohong.

Malangnya untuk Facebook, tindakan yang mengelirukan ini dikenalpasti telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh EU bahawa syarikat-syarikat dikehendaki menyediakan maklumat yang betul dan jelas. Suruhanjaya mendapati bahawa bukan Facebook sahaja memutuskan untuk melakukan ini, tetapi kemungkinan masalah akaun teknikal yang sudah tersedia kelihatan hampir sama apabila penggabungan itu berlaku dan kakitangan Facebook menyedari kemungkinan itu.

Jumlah RM528 juta ini dikira sebagai 1% daripada perolehan agregat kedua-dua syarikat.

You might also like