
Komfom! Samsung Galaxy Note 8 Akan Dilancarkan Pada 23 Ogos 2017
Siri Note terbaru Galaxy Note 8 yang mana akan dilancarkan pada minggu keempat bulan hadapan, kini Samsung telah mula menghantar undangan media ke majlis pelancarannya bertempat di New York, AS.
Di dalam undangan tersebut, ia memperlihatkan paparan infinity display dan tidak terkecuali pen Note juga akan hadir bersama. Paparan dengan nisbah 2:1 yang digunakan adalah sama seperti Samsung Galaxy S8 dan S8+. Namun, ada sumber mengatakan bahawa bingkai atas Note 8 akan hadir lebih besar berbanding bingkai dagu di bawahnya.
Oleh kerana angka jualan Galaxy S8/S8+ semakin meningkat, perkara ini secara langsung telah membaiki imej dan reputasi syarikat Samsung. Malah penantian pengguna Note 5 sekarang ini juga akan terhenti dengan kembalinya siri Note baharu.
Sementara itu, Samsung Galaxy Note 8 mungkin dilengkapi dengan pemproses dari Qualcomm Snapdragon 835 untuk pasaran AS, manakala Malaysia akan menerima Exynos 8895 bersama RAM sebanyak 4GB. Kerangka badan logam dan gelas ini akan dimuatkan dengan ciri kalis air dan debu dan paling menarik sekali, Samsung akan memasukkan fungsi dwi kamera yang pertama pada peranti kelas flagship mereka.

