Huawei Nova Lite Bermula RM699 Dengan Penurunan Sebanyak RM300!!!

Sempena menyambut bulan kemerdekaan yang ke-64, Huawei mengadakan promosi Huawei Nova Lite dengan harga bermula RM699. Model yang dilancarkan pada bulan April yang lalu telah mendapat penurunan harga sebanyak RM300. Peranti kelas pertengahan ini juga ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan emas, manakala untuk warna biru yang seakan-akan warna jalur gemilang dijual pada harga RM759.

Huawei Nova Lite ini hadir dengan skrin paparan jenis IPS bersaiz 5.2 inci HD penuh (424ppi), sistem operasi Android 7.0 Nougat dan set cip HiSilicon Kirin 655 lapan teras. Ia juga dilengkapi RAM 3GB serta memori ROM 16GB. Peranti ini dibekalkan dengan kamera 12 Megapiksel f/2.0 dan 8 Megapiksel f/2.0 di depan. Sambungan rangkaian lebih pantas dengan fungsi 4G LTE turut dibantu fungsi NFC serta Bluetooth 4.1. Kelengkapan bicu 3.5mm audio jack bersama USB 2.0 juga disediakan.

Bagi melengkapkannya, Huawei Nova Lite dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3,000mAh, slot kad microSD, fungsi dwi SIM dan pengimbas cap jari di bahagian belakang.

Jadi apa tunggu lagi? Siapa cepat dia dapat!

You might also like