Samsung VR Terbaru Dengan Resolusi Lebih Tinggi – Terbaik Dalam Kelasnya

Samsung tidak berhenti bergerak selangkah ke depan berbanding pesaing-pesaingnya yang lain, acara The Display Week 2017 yang baru-baru ini diadakan telah mempersembahkan kehadiran peranti VR terbaru Samsung yang memberikan paparan dengan resolusi 3.5x lebih tinggi berbanding Oculus dan Vive. Paparan yang bersaiz 3.5 inci ini menghasilkan kepadatan piksel 2024 x 2200 dan mencecah sehingga 858ppi.

Selain itu, kadar muat semula mendapat sebanyak 90Hz dan keterangan sebanyak 100 nits, dengan ciri ini ia dapat mengurangkan rasa loya dan mual kepada pengguna yang menggunakan VR lain di pasaran sekarang.

Pada masa yang sama, Samsung sedang menyediakan paparan pada kedua-dua model Rift dan Vive dengan dua skrin individu 1080 x 1200 piksel untuk satu mata.

You might also like