Pembelian Dalam App Store, Apple Music, Dan iTunes Kini Lebih Mudah Dengan Digi

- Iklan -

Digi hari ini memberi pilihan kepada pelanggannya untuk membeli-belah di dalam aplikasi App Store, Apple Music, dan iTunes terus dari peranti pintar mereka. Setiap transaksi yang dibuat akan terus dimasukkan ke dalam akaun nombor telefon.

Servis dan perkhidmatan yang mudah ini kini boleh dinikmati oleh seluruh pengguna prabayar dan pascabayar Digi sekaligus, langkah ini juga memudahkan pengguna daripada membuang masa memasukkan nombor dan maklumat kad kredit. Malah, ia juga dapat membantu pengguna yang tidak mempunyai kad kredit untuk membeli-belah secara atas talian dengan bebas.

Langkah mudah ini boleh dibuat di halaman tetapan

Ciri ini juga akan dikonfigurasikan secara automatik sejurus anda memilih pilihan bayaran dan ia menyokong semua peranti Apple termasuk Apple TV dan Apple Watch.

Jadi melalui ciri ini, anda tidak perlu lagi meminjam kad kredit ayah, ibu, adik-beradik atau rakan-rakan di tempat kerja. Baru lah ON kan!

You might also like