Maxis Beri Rebat Tunai RM60 Juta Kepada Anda Yang Berbelanja Di ShopBack

- Iklan -

Lebih 2 juta pelanggan pascabayar Maxis kini boleh mendapatkan tunai sebanyak RM30 apabila mereka mendaftar untuk akaun Maxis ShopBack dan membuat transaksi pertama mereka dari lebih 500 kedai atas talian di ShopBack sehingga 17 September 2017. Pelanggan boleh mendapatkan rebat tunai dari pembelian bagi hampir apa-apa sahaja, seperti tiket penerbangan, penginapan hotel, barangan runcit, pakaian, serta penghantaran makanan dan tunggangan. Di samping itu, pelanggan Maxis boleh mendapatkan sehingga 50% rebat tunai tambahan dan menikmati tawaran eksklusif dari kedai-kedai terpilih.

Oleh itu, berapa banyak rebat tunai yang boleh pelanggan dapatkan dari Maxis ShopBack? Di bawah adalah penjelasan bagaimana seorang eksekutif muda yang suka berbelanja dan melancong boleh mendapatkan rebat tunai sehingga RM162.60 dan seorang lelaki yang sudah berkahwin dan berkeluarga boleh mendapatkan rebat tunai sehingga RM317.50

“Statistik menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gemar berbelanja secara atas talian. Jumlah transaksi atas talian terus meningkat dimana Malaysia mempunyai penembusan tertinggi bagi pembeli atas talian [1] [2]. Kami telah berkerjasama dengan ShopBack untuk menambah nilai kepada para pelanggan kami melalui pelbagai tawaran eksklusif, dan menghargai sokongan semua rakan kongsi kami yang turut bersemangat untuk memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang benar-benar berbeza,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pelanggan Maxis.

Berikut adalah bagaimana pelangaan boleh menikmati rebat tunai dari akaun Maxis ShopBack mereka:

  1. Daftar untuk akaun di Maxis ShopBack (Pelanggan sedia ada ShopBack perlu mendaftar untuk akaun Maxis ShopBack baharu untuk menikmati manfaat tambahan ini)
  2. Pilih kedai dan diarahkan ke laman web atau aplikasi untuk melengkapkan perbelanjaan atas talian anda
  3. Dapatkan rebat tunai dalam akaun Maxis ShopBack anda
  4. Pelanggan boleh memilih untuk mengeluarkan rebat tunai mereka atau menggunakannya untuk membayar bil Maxis mereka

Sehingga 17 September 2017, pelanggan Maxis ShopBack juga akan menikmati manfaat tambahan ini:

  • 2x tunggangan Grab percuma (bernilai RM5 setiap tunggangan) – Pelanggan boleh mendapatkan kod promo dari banner kempen Maxis di dalam aplikasi ShopBack
  • 6% rebat tunai upsized di kedai atas talian Uniqlo
  • Hadiah eksklusif percuma dengan apa sahaja pembelian dari Sephora

You might also like