Samsung Suntik Semangat #DoWhatYouCant Ke Sukan Olimpik Belia 2018

Samsung Electronics Co. Ltd. meneruskan komitmennya kepada pergerakan olimpik dengan menganjurkan beberapa siri aktiviti untuk Sukan Olimpik Belia Buenos Aires 2018 bagi membantu menyebarkan semangat #DoWhatYouCant kepada golongan muda.

Bagi meraikan acara tersebut, Samsung menyediakan sebuah pengalaman menarik buat pengunjung di Pameran Olimpik Samsung dengan mengetengahkan teknologi komunikasi tanpa wayar terkini termasuklah Galaxy S9 dan S9+.

Pameran Olimpik Samsung di Taman Olimpik Buenos Aires

Pameran tersebut diadakan di dua lokasi berbeza iaitu di Taman Olimpik Buenos Aires dan Abasto Mall selama dua belas hari. Lebih menariknya lagi, para pengunjung dapat mewujudkan jalinan yang bermakna melalui pelbagai aktiviti termasuk:

  • Pengaktifan Experiential: Pengunjung terdedah kepada pengalaman yang komprehensif dan boleh diakses menggunakan teknologi Samsung seperti Interactive Table, My Emoji Gallery, Super Slow-mo Football Challenge, dan Galaxy Fitness.

  • Pengalaman VR Immersive: Tawaran VD 4D unik yang dikuasakan oleh Galaxy S9 dan S9 + akan tersedia di mana pengunjung boleh melangkah keluar zon selesa mereka dengan pengalaman Kayaking, Rowing, dan Winter Ride yang menyeronokkan.

  • Pengalaman Produk dan Akses Mudah Alih: Pameran Olimpik Samsung turut menyediakan peluang kepada pengunjung untuk menguji produk Samsung termasuk Galaxy S9 dan S9 + dan banyak lagi.
Pameran Olimpik Samsung di Abasto Mall

Sebagai sebahagian daripada matlamat untuk menyebarkan semangat, Samsung turut mengedarkan Pas Buenos Aires 2018 Youth Olympic di Kedai Samsung yang sah. Dengan pas tersebut, orang ramai boleh mengakses empat Taman Olimpik Belia dan lebih daripada 1,200 aktiviti kebudayaan secara percuma.

You might also like