
Harga: RM1,699
Pengeluar vivo sentiasa membawa teknologi yang mengejutkan dunia, seperti teknologi Pengimbas Cap Jari Dalam Paparan, atau lebih dikenali sebagai In-Display Fingerprint Scanning pada vivo X21, serta rekaan kamera hadapan yang penuh futuristik berupa pop-up (Elevating Front Camera) pada vivo NEX.
Peranti terbaru vivo V11 ini juga menawarkan teknologi pengimbas cap jari kebanggaan vivo, di samping telah menerima penambahbaikan dari segi rekaan, prestasi, kamera dan ketahanan bateri berbanding model sebelumnya.
PERBEZAAN SPESIFIKASI
Kalau anda teringin nak beli peranti baharu, apa kata baca dahulu 8 sebab utama perlu pilih vivo V11.
#1 REKAAN WARNA KECERUNAN
Trend masa kini semasa memilih peranti pintar, yang pertama mesti dari segi reka bentuk. Memandangkan warna kecerunan semakin popular, vivo V11 tidak ketinggalan dengan menawarkan dua pilihan warna iaitu Starry Night dan Nebula yang diinspirasikan oleh misteri alam semesta.

#2 PAPARAN SKRIN HALO FULLVIEW DISPLAY
Hadir bersama paparan skrin 6.41 inci Super AMOLED di bawah resolusi FHD+ nisbah 19.7:9, vivo V11 mempunyai reka bentuk yang tampak unik di mana skrin takuk mirip seperti titisan air yang dinamakan sebagai Halo FullView Display ini lebih disukai ramai berbanding takuk yang lain.
Baca artikel lebih lanjut: Sekilas Pandang : Vivo V11, Peranti Eksklusif Yang Menakjubkan!
#3 CIP PEMPROSES & MEMORI 6GB RAM
vivo V11 dibekalkan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 660 AIE Octa-core 2.0GHz, bersama GPU Adreno 512. Di bawah gabungan ini, prestasi peranti boleh dikatakan memuaskan walaupun bermain permainan atau mengakses aplikasi juga tiada masalah lag berlaku.


vivo V11 menawarkan 6GB RAM bersama ruangan storan 128GB, anda masih boleh menambah ruangan storan dengan kad microSD sehingga 256GB. Isu kelancaran sering menjadi topik pada permainan bergrafik tinggi seperti PUBG Mobile atau Mobile Legends, namun ini tidak berlaku pada V11.
#4 BATERI & PENGECASAN PANTAS
Kapasiti bateri sebesar 3,400mAh diletakkan pada vivo V11, walaupun bukan yang paling besar di antara peranti lain di pasaran, namum ia masih dalam lingkungan peranti yang bertahan lama.

Tambahan lagi sokongan Dual-Engine Fast Charging turut membawa pengecasan yang lebih pantas di mana dua kali lebih laju berbanding teknologi pengecasan standard. Kami telahpun menjalani ujian pengecasan dan peranti ini hanya menggunakan 1 jam 31 minit untuk mengisi penuh.
#5 PENGIMBAS CAP JARI DALAM PAPARAN
Salah satu kebanggaan pada peranti vivo adalah teknologi Pengimbas Cap Jari Dalam Paparan (In-Display Fingerprint Scanning), dan V11 menjadi model pertama dalam siri V yang menggunakannya.
#6 PEMBANTU AI JOVI
Pembantu AI Jovi hadir dengan ciri-ciri lengkap seperti Jovi Smart Scene, Google Lens dan Google Assistant. Dengan kerjasama Google, anda boleh mencari maklumat yang lebih terperinci melalui gambar yang diambil.
V11 juga dilengkapi dengan Google Assistant yang mana membantu pengguna dalam situasi seharian seperti peta navigasi, membeli-belah dalam talian, pengaturan perjalanan, muzik, video dan media sosial.
#7 AI GAME MODE
Permainan menjadi penting dalam peranti pintar selain resolusi kamera, fungsi AI Game Mode pada V11 memudahkan permainan berterusan tanpa dikacau oleh panggilan atau notifikasi.
#8 KAMERA MENJADI TARUHAN
Prestasi penggambaran turut dipertingkatkan pada kamera 12MP + 5MP dengan pelbagai fungsi-fungsi menarik, di samping kamera hadapan beresolusi 25MP. Kebolehan penggambaran kelihatan begitu baik dengan bantuan teknologi AI, bahkan kehadiran AI Portrait Framing juga menjadikan gambar swafoto lebih sempurna.

Tambahan lagi teknologi baharu AI Face Shaping dan AI Selfie Lighting, di mana AI Face Shaping membolehkah kaki swafoto mengambil gambar mengikut pelarasan tersendiri, manakala AI Selfie Lighting mampu menghasilkan lebih banyak kesan pencahayaan dengan algoritma AI yang berinteraksi dengan tiga dimensi cahaya.
CONTOH HASIL GAMBAR
RUMUSAN
Penambahbaikan pada vivo V11 dari segi rekaan warna kecerunan, sokongan AI kamera, jangka hayat bateri yang dipertingkatkan, dan prestasi dalaman sebesar 6GB RAM, serta sistem pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging, semuanya mempunyai prestasi yang cukup memuaskan, secara keseluruhannya boleh dikatakan berpotensi menjadi sebuah peranti kelas pertengahan yang baik dari segi fungsi dan penawarannya.
Sekiranya perlu memilih satu kekurangan, maka masih ketinggalan menggunakan sambungan microUSB berbanding USB Type-C yang semakin popular menjadi satu halangan utama bagi vivo V11.
Unboxing vivo V11 ↓↓