Pelayar Internet Samsung Kini Menyokong Ad-Blocker

galaxys6-12.0.0

Baru-baru ini Samsung telah memperkenalkan pelayar internet stok mereka yang membenarkan integrasi ad-block plugin. Versi terbaru itu membolehkan pengguna memuat turun plugin dari pembina aplikasi untuk menyekat iklan ketika melayari internet.

Adblock Fast dan Crystal merupakan antara pembina perisian yang telah melancarkan plugin mereka untuk pelayar internet Samsung. Seperti ramai yang sedia maklum, sesetengah pemilik laman web hanya bersandarkan iklan untuk menjana pendapatan, jadi dengan pelancaran yang dilakukan Samsung telah mencetuskan debat yang hangat di antara pemilik laman web dan pihak pengiklanan.

You might also like