Samsung Galaxy A80 Bakal Dipasarkan Bermula Julai

Berita baik buat peminat Samsung apabila mereka telah mengumumkan bahawa Samsung Galaxy A80 akan dipasarkan bermula Julai. Namun belum ada lagi sebarang keyataan tarikh bila peranti ini akan di lancarkan di pasaran Malaysia.

Galaxy A80 ini pastinya sebuah peranti yang ditunggu-tunggu kerana ia tampil dengan spesifikasi yang sangat baik. Hadir dengan skrin bersaiz 6.7 inci Super AMOLED pasti memberi kepuasan tontonan kepada pengguna.

Hadir dengan aspek memori yang sangat baik iaitu 8GB RAM dan 128GB storan dan disertakan dengan bateri berkapasiti 3700mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 25W. Kamera peranti ini berada dalam kelas yang tersendiri apabila tampil dengan 48MP + 8MP + 3D Depth.

Masih tiada sebarang informasi mengenai tarikh dan harga jualan peranti ini di Malaysia. Jadi sama-sama kita nantikan!!

You might also like