
EMUI 10 bakal diperkenalkan serentak dengan pelancaran HUAWEI Mate 30. Ekoran daripada itu, laman HuaweiCentral mendedahkan maklumat tertiris antaramuka EMUI 10 menerusi paparan screenshot peranti tersebut.
Menariknya ia tampil dengan imej latar dengan efek jalur samar yang memenuhi ruang skrin tersebut. Aplikasi Weather dan widget juga dikatakan bakal tampil dengan skema warna yang baharu dan rupa paras yang diperbaharui. Menariknya quick settings dan notifikasi dihadirkan dengan kemasan lut sinar.
Antara muka kamera juga dilihat sedikit berbeza apabila setiap mod akan dipaparkan dalam tulisan besar dan font yang berlainan. Bagi fungsi yang sedang digunakan, ia akan berada dalam warna merah berbeza dengan warna jingga sebelum ini. Apa yang lebih penting menu tetapan adalah lebih ringkas dan mudah difahami.
EMUI 10 juga dikatakan bakal tampil dengan sistem pengurusan ‘Privacy and permission’. Ia mengawal sama ada sesuatu aplikasi mengakses maklumat peribadi atau tidak.
Dikhabarkan, sebanyak 17 model keluaran HUAWEI akan menerima kemasi kini EMUI 10 berasaskan Android Q. Masih tiada lagi sebarang maklumat mengenai tarikh ketersediaan kemas kini ini. Jadi sama-sama kita nantikan!!!