HUAWEI Masih Tunggu Kebenaran Berkaitan Penggunaan Semula Android

Sedia maklum, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump telah mengumumkan bahawa HUAWEI kini dibenarkan kembali untuk berurusan dengan Amerika Syarikat. Pun begitu, penarikan sekatan tersebut bukanlah pelepasan menyeluruh – sebaliknya tertumpu pada perkakasan dan perisian yang tidak mengancam keselamatan.

Satu persoalan lagi, adakah pelepasan ini adalah termasuk perkhidmatan Google? Menerusi kenyataan rasmi daripada HUAWEI, pihaknya masih menunggu kebenaran daripada Kementerian Perdagangan AS berhubung urusan dengan Google bagi meneruskan penggunaan semula sistem operasi Android.

[SUMBER]

You might also like