Xiaomi CC9e Diperkenal – Kamera Utama 48MP + Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin + Bateri 4,030mAh

Seiring pelancaran Xiaomi CC9, syarikat gergasi tersebut turut memperkenalkan sebuah lagi model di bawah siri tersebut iaitu Xiaomi CC9e. Peranti ini dilihat disertakan dengan sejumlah penawaran menarik dan dibungkus dengan spesifikasi yang lebih asas.

Xiaomi CC9e menggunakan skrin bersaiz 6.088 inci AMOLED dengan resolusi HD+ dan nisbah skrin-ke-badan 88.8%. Enjin dalaman peranti dijana oleh cip pemproses Snapdragon 665 (2.0 GHz) bersama GPU Adreno 610 dan dibantu memori sehingga 6GB RAM serta ROM sehingga 128GB. Pengimbas cap jari turut terbina pada skrin.

Untuk kamera, peranti ini didatangkan dengan sokongan tiga kamera dan salah satu kamera utama menyokong 48MP (Sony IMX 586) . Kamera swafoto masih sama seperti Xiaomi CC9 iaitu sebesar 32MP. Melengkapi juga adalah bateri berkapasiti 4,030 mAh bersama pengecasan pantas 18W.

Turut ditawarkan dalam tiga warna menarik seperti Dark Prince, White Love dan Blue Planet, Xiaomi CC9e ditawarkan di pasaran cina pada harga berikut :

  • Xiaomi CC9e (4GB+64GB) – RMB 1,299 (kira-kira : RM782)
  • Xiaomi CC9e (6GB+64GB) – RMB 1,399 (kira-kira : RM842)
  • Xiaomi CC9e (6GB+128GB) – RMB 1,599 (kira-kira : RM962)

_______________________________________________________________

Pada acara yang sama, Xiaomi turut memperkenalkan Xiaomi CC9 Meitu Custom Edition. Peranti ini membawakan warna unik menarik dan masih mengekalkan ciri-ciri yang sama dengan Xiaomi CC9. Apa yang membezakan adalah ia disertakan memori sebesar 8GB RAM + 256GB ROM.

Selain itu, tiga kamera utama edisi terhad ini dikuasakan oleh teknologi pengimejan Meitu yang mampu menangkap gambar potrait menakjubkan walaupun dalam keadaan pencahayaan yang rendah. Edisi ini ditawarkan di pasaran China pada harga RMB2,599 (kira-kira RM1,564).

You might also like