Wajah Baru Pebble Time Round

 

Variasi baru Pebble Time Round
Variasi baru Pebble Time Round

Pebble adalah sebuah nama yang cukup gah dalam dunia peranti wearable smartwatch. Peranti mereka dikenali sebagai wearable yang mempunyai fungsi minimal tetapi penting, kuasa bateri yang bertahan lama dan juga reka bentuk yang segar dan menarik.

Kini Pebble telah melancarkan pula Pebble Time Round dengan dua kemasan baru, iaitu Silver dan Gold. Model baru ini nampak lebih elegan dan mewah, amar sesuai dipakai ke majlis-majlis rasmi.

Muka jam lama Pebble Time Round
Muka jam lama Pebble Time Round

Kepada mereka yang berminat, harga Pebble Time Round model baru ini adalah USD 199 (RM 813.62), dan bagi mereka yang melakukan pledge untuk model ini, anda bakal mendapat unit anda lebih awal dari orang lain bersama cacahan laser unik pada peranti anda.

You might also like