- Iklan -

Setelah tamat belajar, setiap individu bakal memasuki alam kerjaya yang sebenar. Alam pekerjaan merupakan dunia yang serius. Oleh itu, pelbagai persediaan perlu dilakukan termasuk dari segi fizikal dan mental. Bertitik tolak daripada perkara ini, HUAWEI berkongsi 3 langkah persiapan utama untuk menghadapi alam pekerjaan :

 

Langkah 1 : Tetapkan Dalam Mindset, Korang Bukan Lagi Pelajar!

Tak dinafikan terdapat sebilangan pelajar yang bersikap pasif di dalam kelas. Tapi perlu diingatkan! Tempat kerja bukan kelas. Daripada bersikap pasif menunggu “guru” untuk membimbing, adalah lebih baik jika korang melatih diri dengan menganalisa masalah dan mencari jalan penyelesaian.

Sebagai contoh : Korang menghadapi masalah dalam situasi tertentu. Fokus pada penyelesaian – bukan masalah. Analisa dan fikirkan seberapa banyak jalan penyelesaian terlebih dahulu. Kemudian, kongsikan dengan majikan. Dengan cara ini korang lebih mudah untuk mendapat sokongan daripada mereka untuk langkah seterusnya.

 

Langkah 2 : Libatkan Diri Secara Aktif – Jangan Jadi Orang Asing!

Jika korang baru sahaja memasuki alam kerjaya, korang mesti belajar untuk buang sifat ego dan libatkan diri secara aktif dalam persekitaran untuk mendapatkan penerimaan daripada rakan sekerja mahupun majikan – supaya kerja korang dapat dijalankan dengan lancar.

 

Langkah 3 : Jadilah Produktif – Semuanya Adalah Mengenai Kecekapan!

Ketika belajar, lewat menghantar assignment atau tugasan – mungkin boleh dimaafkan. Tetapi tidak di alam pekerjaan! Sebabnya, ia menyumbang kepada kegagalan. Kecekapan adalah faktor yang paling penting untuk dinilai di tempat kerja. Bagaimana nak jadi produktif? HUAWEI Matebook 13 ada jawapannya! Kenapa?

• Pindah Fail Dengan Pantas

Korang mungkin perlu memindahkan dokumen antara telefon dan komputer riba untuk tujuan penyuntingan. Pindah fail menggunakan kabel dan sambungan rangkaian biasanya mengambil masa yang lama. Bertambah teruk lagi kalau fail tersebut bersaiz besar.

Bagi menyelesaikan isu ini, HUAWEI Matebook 13 mempunyai HUAWEI Share 3.0 yang boleh bantu korang. Teknologi inovatif “One hop share” yang boleh berkongsi fail serta merta dengan hanya menyentuh telefon pintar pada Matebook 13 melalui sambungan NFC sahaja. Kelajuan pindahan fail pun boleh tahan – mencapai 30MB/S dan ia tidak memerlukan sebarang rangkaian sambungan.

• Miliki Paparan Grafik Yang Bagus & Berkualiti

HUAWEI Matebook 13 dikelas sebagai komputer riba yang kecil dan ringan daripada komputer riba biasa. Ia juga diiktiraf sebagai komputer riba paling hebat dengan binaan saiz skrin nisbah 3:2 dan disertakan FullView Display yang mempersonakan – memberi saiz skrin mencecah 85% bersama kesan visual lebih baik.

Di samping itu, skrin juga kelihatan sama dengan size kertas A4 dan mempunyai resolusi tinggi 2160 x 1440 yang mana membuatkan penyuntingan kerja lebih cekap.

• Laptop Dengan Jangka Hayat Bateri Paling Lama

Adakah korang masih membawa komputer riba yang tebal, besar dan berat ke tempat kerja atau ke mana-mana? Dengan HUAWEI Matebook 13, segalanya boleh diselesaikan! Tiada lagi istilah sakit bahu!

HUAWEI Matebook 13 dibina dengan badan ultra-nipis bersama berat sebanyak 1.28kg. Lebih menarik, ia juga dilengkapi bateri sebesar 42Wh dan sejumlah ciri inovatif lain untuk memberikan pengalaman bekerja yang luar biasa.

Berminat untuk memilikinya? HUAWEI MateBook 13 tersedia dalam dua versi dan ditawarkan pada harga seperti berikut:

MODEL VERSI HARGA
(Termasuk SST)
HADIAH MENARIK
MateBook 13 i5/8G/256G/NVIDIA RM3,999 HUAWEI Bag pack, HUAWEI Bluetooth Mouse & langganan Microsoft Office 365 selama 1 tahun
MateBook 13 i7/8G/512G/NVIDIA RM4,399 HUAWEI Bag pack, HUAWEI Bluetooth Mouse & langganan Microsoft Office 365 selama 1 tahun

 

**Advertorial dari HUAWEI Malaysia