Huawei P9 Deluxe Mungkin Akan Tiba Di Malaysia

1.1Huawei P9 sudah pun dilancarkan di Malaysia dengan menawarkan tiga variasi, iaitu P9 Lite, P9 dan P9 Plus. Sambutan yang ditunjukkan terhadap peranti tersebut sangat menggalakkan, mungkin kerana pengguna amat tertarik dengan teknologi optikal hasil kerjasama dengan Leica yang ditawarkan pada model ini. Menurut pangkalan data SIRIM, Huawei Malaysia mempunyai satu lagi model yang mungkin akan dibawa masuk tidak lama lagi, ia didaftarkan atas siri EVA-L29.

1.2Menurut beberapa sumber, EVA-L29 merupakan nama rujukan kepada model P9 Deluxe yang merupakan versi lebih baik berbanding P9. Namun begitu perbezaannya hanyalah pada memori RAM (4 GB) dan juga ROM (64 GB), berbanding P9 yang mempunyai RAM 3 GB dan ROM 32 GB. Spesifikasi lain masih juga sama seperti cip pemproses HiSilicon Kirin 955, bateri 3000 mAh dan yang paling penting sekali kamera dwi lensa dari Leica. Harga dan tarikh sebenar bilakah peranti ini akan mula dijual masih belum diketahui, sama-samalah kita menunggu pengumuman dari Huawei.

You might also like