
Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan harga jualan untuk Huawei P9 dan Huawei P9 Lite yang akan menerima pra-tempahan bermula 23 Mei ini melalui laman VMall.
Peranti flagship Huawei P9 yang hadir dengan penggambaran eksklusif daripada LEICA akan dijual pada harga RM2,099 dengan memori dalaman 32GB, 3GB RAM. Pilihan warna adalah Prestige Gold, Titanium Grey dan Mystic Silver).
Sementara Huawei P9 Lite pula akan dijual pada harga RM 1,099 dengan memori dalaman 16GB, 3GB RAM. Peranti ini turut menawarkan 3 pilihan warna iaitu Black, White dan Gold.
Sempena promosi pra-tempahan ini, pihak Huawei telah menawarkan 10 pelanggan pertama yang membuat tempahan dan pembayaran pada 23 Mei hingga 27 Mei melalui VMall, akan menerima hadiah esklusif iaitu Honor Band Z1 seunit yang bernilai RM 269 secara percuma.
Yang berminat jangan terlepas peluang keemasan ini!
Masih tiada maklumat terkini untuk Huawei P9 Plus buat masa ini, menurut Huawei Malaysia ia bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi.