Google I/O 2016: Kini Anda Tidak Perlu Lagi Muat Turun Aplikasi

Anda sedang melayari laman web untuk membeli barang, dan apabila anda mahu teruskan untuk pembelian anda secara tiba-tiba perlu memuat turun aplikasi stor tersebut untuk melengkapkan proses seterusnya. Ini lah senario yang kadang-kadang kita hadapi dan ini sungguh menjengkelkan kerana kemungkinan besar kita hanya akan menggunakan aplikasi yang dimuat turun hanya sekali sahaja.

Google telah menyelesaikan masalah itu dengan memperkenalkan Android Instant Apps. Ini merupakan pengumuman yang paling menarik perhatian kami di eRing. Android Instant Apps membolehkan pengguna mengakses fungsi dan antaramuka aplikasi tanpa perlu muat turun aplikasi tersebut dari Play Store.

https://youtu.be/cosqlfqrpFA

Salah satu contoh yang ditunjukkan adalah dengan membuka pautan laman web, apabila anda tap pautan tersebut, anda akan dibawa masuk ke dalam sistem aplikasi laman web tersebut tanpa perlu muat turun dahulu, ia lebih mudah, pantas dan efisien.

 

Baca juga:

You might also like