Maklumat Terbaru Untuk Pemilik Samsung Galaxy Note7 Yang Ingin Melancong!

1Seperti yang kita sedia maklum, pemilik Samsung Galaxy Note7 tidak dibenarkan membawa atau menaiki kapal terbang jika membawa smartphone mereka bersama. Kepada pemilik Galaxy Note7 yang masih belum berkesempatan untuk menukar peranti pada kempen ‘Memulangkan Galaxy Note7’ mereka dan dalam masa yang sama ingin pergi melancong, Samsung telah menyediaan penyelesaian buat anda. Bagaimana caranya?

Langkah-langkah yang perlu diambil bagi Pengguna Samsung Galaxy Note7 di KLIA/KLIA2

  1. Salin semua data yang ada di dalam Galaxy Note7, maklumat lanjut di Samsung Smart Switch.

2. Pergi ke booth Samsung Galaxy Note7 yang terletak di

– KLIA: Level 5, Main Terminal (sebelah kaunter tiket Emirates) 
– KLIA2: Mezzanine Level, Departure Hall, Sector 2.

3. Pulangkan Samsung Galaxy Note7. Peranti ini akan direset oleh Khidmat Pelanggan Samsung.

4. Untuk pelanggan yang membuat tempahan di Malaysia:

– Sila lengkapkan proses pertukaran ke Samsung Galaxy S7 edge atau
  pemulangan wang tunai.
– Bagi pelanggan luar negara, anda perlu menyediakan pasport dan tiket 
  penerbangan untuk pengesahan. Petugas di booth Samsung akan memberi resit 
  rasmi Galaxy Note7 sebagai pengesahan untuk penerimaan Galaxy Note7 anda. 
  Sila hubungi Pusat Servis Samsung di tempat yang ingin dituju untuk 
  proses pertukaran atau pemulangan wang tunai.

5. Jika anda memerlukan peranti sementara, Samsung turut menyediakan peranti untuk digunakan di KLIA/KLIA2. Pergi sahaja ke booth Samsung Galaxy Note7 di alamat di bawah dan memohon untuk pinjaman peranti.

– KLIA: Level 5, Main Terminal (sebelah kaunter tiket Emirates) 
– KLIA2: Mezzanine Level, Departure Hall, Sector 2.
  • Sediakan pasport dan tiket penerbangan untuk tujuan pengesahan.
  • Isi borang Galaxy Note7 dan peranti yang ingin dipinjam akan diberikan (tertakluk pada persediaan).
  • Apabila pulang ke Malaysia/negara asal, sila pergi ke Pusat Servis Samsung berhampiran dan memulangkan semula bersama resit pinjaman.

Bagaimana pula jika anda dan Galaxy Note7 sudah berada di luar negara dan mahu pulang ke Malaysia? Untuk ini, sila hubungi Pusat Servis Samsung di lokasi anda berada untuk proses pertukaran atau pemulangan wang tunai. Diharapkan dengan adanya info ini, ia memudahkan pertukaran dan perjalanan anda ke luar negara.

You might also like