

HP PPS Sales Sdn. Bhd. telah melancarkan generasi terbaru printer HP DeskJet Ink Advantage All-in-One (AiO), peranti yang ideal untuk yang mahukan printer dengan gaya trendy dengan kebolehan sambungan tanpa wayar.
Ciri uatama yang diketengahkan adalah cetakan terus dari Facebook, Instagram dan banyak lagi, Kelebihan HP DeskJet Ink 3775/3776/3777 adalah ianya separuh dari saiz lain-lain pencetak semua dalam satu, namun mengekalkan cetakan yang berkualiti, konsisten pada harga yang berpatutan.
Hadir dengan reka bentuk segar untuk memenuhi kehendak pemilik rumah-rumah moden hari ini, pencetak mempunyai warna asas putih yang dengan mudah digabungkan dengan mana-mana hiasan rumah. Variasi warna Electric Blue, Sea Grass Green dan Cardinal Red akan menyerlahkan kawsan kerja anda dan menjadikan ruang pejabat anda lebih ceria.
Ketiga-tiga pencetak semua dalam satu ini (HP DeskJet Ink 3775/3776/3777) dijual pada harga RM 379 di stor jualan HP dan juga pengedar / wakil penjual sah mereka.