
Xiaomi Mi Note 3 Dengan RAM 4GB Diperkenalkan!
Masih ingat model Xiaomi Mi Note 3 yang diperkenalkan pada September 2017 yang lepas? Terkini, Xiaomi mengumumkan kehadiran model Mi Note 3 dengan harga lebih murah berbanding model sebelumnya.
Tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat pada model ini hanya RAM direndahkan menjadi 4GB berbanding 6GB RAM pada model asal. Spesifikasi lain yang dikekalkan adalah ROM 64GB, dwi kamera utama 12 Megapiksel + 12 Megapiksel dan kamera swafoto 16 Megapiksel serta bateri berkapasiti 3500mAh.
Untuk model ini, ia telah dijual pada harga RMB1999 (RM1255) serta hadir dengan warna biru sahaja berbanding RMB2499 (RM1569) untuk versi 6GB+64GB, sementara RMB2899 (RM1820) untuk versi 6GB+128GB dan akhir sekali RMB2999 (RM1883) untuk versi 6GB+128GB berwarna biru.
Sumber : Playfuldroid

