OPPO A79 Diperkenalkan, Menampilkan Skrin 18:9 & Kamera Swafoto 16 Megapiksel

OPPO baru sahaja melancarkan OPPO F5 dan terbaru OPPO F5 6GB edisi merah di pasaran tempatan. Terbaru, OPPO telah menambah sebuah lagi model kelas pertengahan yang diberi nama OPPO A79.

OPPO A79 tampil dengan rekaan lebih kemas menggunakan skrin bersaiz 6.0 inci dengan paparan 18:9 beresolusi 1080 x 2180 piksel. Ia turut dilengkapi bersama penggambaran beresolusi 16 Megapiksel f/1.8 untuk kamera swafoto dan kamera utama 16 Megapiksel f/2.0.

Hadir dengan teknologi pengecasan pantas VOOC

Melengkapkan ciri-ciri sebuah telefon pintar, OPPO A79 dimuatkan dengan pemproses MediaTek Helio P23 Octa-core Cortex A53, RAM 4GB dan storan 64GB. Manakala untuk sistem keselamatan, pengimbas cap jari pantas diletakkan di panel belakang. manakala bateri berkapasiti 3000mAh turut hadir dengan teknologi pengecasan pantas VOOC.

Buat masa ini, OPPO A79 diumumkan di China pada harga CNY2399 (RM1,506) dan tidak pasti bila akan tiba untuk pasaran Malaysia.

Sesuai untuk mereka yang suka bermain permainan mudah alih
You might also like