Peranti Samsung Dengan Lensa 64MP Bakal Muncul? Katanya Samsung Galaxy M31?

Alamak biar betul ni? Media sosial kini kecoh dengan perkongsian imej penggoda daripada Samsung India yang mendedahkan bahawa peranti Samsung dengan lensa 64MP bakal muncul tidak lama lagi! Jika diperhati pada imej peggoda – model yang dimaksudkan muncul sebagai Samsung Galaxy M31.

Samsung Galaxy M31Ramai menjangkakan ia berkemungkinan didatangkan dengan kapasiti bateri lebih besar. Lain-lain maklumat mengenai spesifikasi utama masih kekal menjadi tanda tanya dan pihak Samsung juga masih berteka – teki mengenai tarikh pelancaran rasminya. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

You might also like