
MWC 2020: OPPO Find X2 Muncul Di Barcelona Pada 22 Februari Ini
Bercakap mengenai siri Find X, ia merupakan sebuah peranti keluaran OPPO yang penuh dengan inovasi tersendiri. Diperkenalkan pada tahun 2018, kini OPPO bersedia membawa pewaris seterunya di bawah siri ini menerusi kemunculan OPPO Find X2. Berita ketirisan mengenainya juga telah banyak dikongsi dan ramai yang teruja untuk ketahui bilakah peranti ini bakal muncul secara rasmi.

Persoalan akhirnya terjawab apabila OPPO dikatakan mula berkongsi jemputan untuk pelancaran rasmi peranti berkenaan – dijadualkan muncul pada di Barcelona pada 22 Februari, 2020. Acara pelancaran akan berlangsung di Auditori Fòrum CCIB, Barcelona. Adakah korang teruja? Jadi, mark your date!

Terdapat kebocoran sebelum ini mendedahkan OPPO Find X2 mungkin didatangkan dengan paparan AMOLED 6.5″ QHD+ (3168 x 1440) bersama kadar penyegaran mencecah 120Hz. Paparan hadapan pula mungkin direka dengan binaan lubang kecil menempatkan kamera hadapan pada sudut kiri – bukannya kamera di bawah skrin seperti yang diharapkan.
Enjin dalaman mungkin menggunakan pemproses Snapdragon 865 yang dipadukan dengan modem Snapdragon X55 5G. Pun begitu, spesfikasi tertitis masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Jadi, sama – sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak!

