Google Mengacah ‘Sesuatu Yang Menarik’ Di Acara Samsung Galaxy Unpacked 2020, Tapi Apa?

Samsung Galaxy Unpacked 2020 dijadulkan berlangsung pada 12 Februari ini – di mana mereka dijangka memperkenalkan siri Galaxy S20 kepada umum. Apa yang lebih menarik, Google juga dikatakan bakal muncul pada acara tersebut.

Memetik sebuah posting di twitter, Google dilihat seakan-akan memberi bayangan kepada umum bahawa mereka bakal membawakan “sesuatu yang menarik” di acara berkenaan. Tweet berkenaan lebih cenderung kepada  ciri perisian atau kategori produk baru. Apa yang lebih mengujakan apabila Samsung turut meninggalkan komen pada posting berkenaan! Agak-agak apakah bentuk kejutan itu?

Ramai berspekulasi, Samsung telah bekerjasama dengan Google untuk mengoptimumkan Android pada antaramuka salah satu model mereka. Ada juga yang membuat spekulasi bahawa Google mungkin membawa semula siri peranti Edisi Google Play. Teruja? Sama – sama kita tunggu!

[ S U M B E R ]

You might also like