
Seperti yang dijanjikan Xiaomi Mi A2 telah dilancarkan rasmi di sini. Peranti dengan sistem operasi Android One akan mula dijual pada 3 Ogos 2018 dengan harga RM999 bagi varian 4GB + 64GB, dan RM1199 bagi varian 6GB + 128GB.
Jualan eksklusif tersedia pada 3 Ogos di Mi Store KLCC, 200 pelanggan pertama akan mendapat SKII facial mask dan selfie stick secara percuma. Sementara jualan terbuka kepada seluruh negara pada 4 Ogos di semua stor rasmi Xiaomi, rakan e-dagang Lazada dan juga pengedar sah.
Tiga pilihan warna disediakan iaitu hitam, emas dan biru.
Mi A2 hadir bersama skrin 5.99 inci pada nisbah 18:9 yang dilindungi oleh 2.5D Corning Gorilla Glass 5, rekaan unibodi aluminium ini hanya setebal 7.3mm, dijana cip Qualcomm Snapdragon 660, 4GB/6GB RAM serta 64GB/128GB ROM.
Pembinaan dwi kamera utama 12MP + 20MP dengan LED flash dan kamera hadapan 20MP dengan AI-powered Beautify turut disediakan, tambahan kapasiti bateri 3000mAh dengan pengecasan 10W.

