WhatsApp Dan Gmail Mencatat Rekod Pengguna

7-1

WhatsApp dan Gmail kini tersenarai sebagai aplikasi elit dengan jumlah pengguna aktif mencecah 1 bilion. WhatsApp membuat pengumuman tersebut melalui laman blog mereka dan berita Gmail pula disampaikan Sundar Pichai.

Google merupakan syarikat yang mempunyai barisan aplikasi yang banyak digunakan secara global. Sebelum Gmail mencecah angka 1 bilion, aplikasi seperti Search, Google Play, YouTube, Android, Chrome dan Maps turut berjaya mencatat kejayaan yang sama. WhatsApp yang dimiliki Facebook merupakan aplikasi kedua dari syarikat Mark Zuckerberg yang mencecah angka tersebut. Kedua-dua aplikasi tersebut merupakan antara salah satu keperluan utama di dalam dunia teknologi dan dengan penarikan semula perkhidmatan berbayar WhatsApp baru-baru ini, dijangkakan aplikasi tersebut akan terus berkembang dalam masa yang akan datang.

You might also like