Desas Desus : HTC One A9 Dijual Pada Harga RM 2299 Bagi Pasaran Malaysia

htc-one-a9-official1

Ramai yang sudah maklum akan spesifikasi dan reka bentuk HTC One A9 yang diumumkan kira-kira tiga bulan lalu, dan kini peranti tersebut dikhabarkan bakal menjengah pasaran Malaysia tidak lama lagi. Apa yang lebih menarik adalah informasi harga juga telah dibocorkan oleh pengedar HTC di Malaysia. Menurut sumber HTC One A9 bakal dijual pada harga RM 2,299 dan pengumuman rasmi akan dilakukan pada majlis pelancaran peranti tersebut.

One A9 adalah peranti terbaru HTC yang dilengkapi skrin 5 inci HD penuh AMOLED, Qualcomm Snapdragon 617 Octa-Core, kamera 13 megapiksel dan ianya hadir dengan 2 variasi. Variasi pertama mempunyai memori dalaman 16 GB dan RAM 2 GB, manakala variasi kedua mempunyai 32 GB dan RAM 3 GB. Dijangkakan variasi kedua akan menjadi satu-satunya model yang dijual pada pasaran Malaysia.

You might also like