
Flytxt selaku penyedia rumusan analitik pelanggan mudah alih terkemuka untuk syarikat telekomunikasi dan syarikat enterpris mudah alih, baru-baru ini telah dipilih oleh Tune Talk yang merupakan Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terpantas di Malaysia. Flytxt telah dilantik untuk menawarkan rumusan Pengurusan Nilai Pelanggan (CVM) kepada Tune Talk untuk menambahbaik nilai pusingan hayat pelanggan menerusi penglibatan kontektual dalam masa nyata serta berperibadi.
Menurut Jason Lo selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, kerjasama ini akan membantu telco tersebut untuk memahami pelanggan dengan lebih baik, sekaligus membolehkan perkhidmatan yang bersesuaian ditawarkan secara serta-merta. Dalam masa yang sama ia juga membantu Tune Talk untuk memenuhi kehendak sikap kepenggunaan dan juga keperluan kontektual pelanggannya.

