
Rekaan Meizu Pro 7 Tertiris Lagi?!
Mustahil rekaan sarung peranti mendapat ukuran yang salah. Setiap pengeluar sarung pelindung sudah semestinya perlu mendapatkan saiz ukuran yang betul dan tepat. Terkini, gambar telefon pintar Meizu Pro 7 tersebar lagi di alam maya turut menarik perhatian kami.
Merujuk pada gambar ini, peranti ini dibina nipis, lebih nipis daripada peranti keluaran Cupertino dan Guangdong. Butang On/Off dan butang laras suara diletakkan di sisi yang sama, manakala butang Home terletak di bahagian panel depan.
Beralih ke bahagian bawah, ianya dilengkapi dengan bicu 3.5mm audio, USB Type-C untuk pengecasan dan juga lubang pembesar suara. Seterusnya, rekaan yang pelik di bahagian belakang menerima paparan kedua di bawah dwi kamera utama.
Menggunakan paparan jenis e-link, ia terhad sekadar menunjukkan masa, cuaca dan notifikasi.
Korang rasa Meizu tiru tak reka bentuk peranti jenama lain? Kalau tak tahniah buat pereka Meizu!