
Apple Menyisihkan Cip Intel Untuk Produk Mac Tahun Hadapan?
Ada khabar angin bahawa kini Apple sedang membina CPU berasaskan ARM khas untuk produk Mac, dan kali ini mereka menyertakan lebih terperinci daripada biasanya.

Menurut sumber Bloomberg, Apple kini sedang giat menjalankan projek dengan kod nama “Kalamata” dan mensasarkan untuk sekurang-kurangnya melancarkan sistem berasaskan ARM meggunakan A14 Bionic SoC pada tahun 2021. Apple diaktakan akan menggunakan cip 5nm yang dikeluarkan oleh TSMC dan dijangkakan akan ada penurunan harga kos dari segi pengekluaran cip memandangkan peralihan ini memperlihatkan Apple akan mula menyisihkan cip Intel dari produk Mac mereka.
Cip baru ini dilaporkan mengandungi lapan teras berprestasi tinggi (Firestorm) dan empat teras kecekapan tinggi (Icestorm). Apple dilaporkan akan mempertimbangkan sistem dengan lebih daripada 12 teras pada masa akan datang. Bloomberg berpendapat bahawa ini adalah sistem yang berprestasi lebih rendah dan tidak dicipta untuk bersaing dengan barisan produk Intel yang teratas, dan ia akan menjalankan macOS, bukan iOS.
Masih belum jelas apakah Windows untuk ARM akan berfungsi pada peranti Mac dengan cip terbaru ini. Sistem operasi Windows telah lama dapat berfungsi pada Mac sejak Apple menggunakan x86, dan secara teori Windows untuk ARM juga seharusnya dapat berfungsi. Kami juga tidak tahu jenis emulasi x86 yang akan tersedia pada sistem baru. Faktor-faktor ini amat penting untuk dipertimbangkan kerana masih ramai pengguna Mac yang memasang Windows sebagai sistem operasi kedua. Kita tunggu dan lihat.
Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga laman web rasmi!

