
Betul Ke Hardware iPhone 8 Boleh Digunakan Pada iPhone SE 2020?
Dari luar memang sama dengan iPhone 8, tapi macam mana bahagian dalam? Mari baca apa jawapannya selepas iPhone SE 2020 dibedah oleh iFixit.

Selepas digodek oleh iFixit, seperti yang dijangkakan, iPhone SE 2020 mempunyai banyak persamaan dari segi perkakasan yang digunakan didalamnya dengan iPhone 8. Ini bermakna, anda boleh menukar bahagian-bahagian ini di antara iPhone 8 dan iPhone SE 2020, ala-ala Frankenstein. Anatara bahagian yang dimaksudkan adalah kamera, paparan, SIM tray, dan enjin haptik. Tidak hairanlah bagaimana Apple mampu menjual peranti ini dengan harga di bawah RM2k, tetapi masih mampu menarik minat pengguna dengan meletakkan cip A13.

iFixit juga menemui isu apabila fungsi True Tone tidak lagi akan aktif selepas anda menukar paparan. Butang rumah fizikal Apple yang juga tidak boleh ditukar ganti kerana ia sekaligus akan menyahaktif fungsi Touch ID. Untuk ini anda perlu menggunakan servis Apple dan penyedia servis berlesen. Apple juga mengubah bateri iPhone SE. Ia kelihatan sama dengan apa yang ada di dalam iPhone 8, tetapi penyambung papan logik bateri baru tidak lagi sama.
Pada pendapat kami, walaupun bahagian iPhone 8 yang dapat dipindah ke iPhone SE 2020 adalah terhad, namun ianya cukup positif buat pengguna kerana kami dapat menjangkakan proses baik pulih untuk perantio terbaru ini akan lebih murah dan mudah kerana lambakan bahagian iPhone 8 yang masih ada, tambahan pula iPhone 8 tidak lagi dijual oleh Apple.

