Facebook Messenger Dengan Fungsi Baru Ala-Ala Snapchat

headerFacebook mengemas kini aplikasi Messenger dengan menyediakan efek-efek baru dan juga topeng 3D seakan-akan yang dijumpai pada aplikasi Snapchat.

Dalam versi terbaru ini, anda boleh berseronok dengan rakan-rakan anda sambil bersembang dengan mengaplikasikan pelbagai topeng 3D di dalam Messenger. Selain itu Facebook juga mengeluarkan pelbagai pek efek baru seperti bingkai gambar, pelekat dan ikon.

1Selain itu Facebook juga memperkenalkan fungsi baru yang boleh diakses dengan ikon palet terletak di sebelah kanan butang shutter kamera Messenger. Di dalam fungsi baru ini, anda akan diberikan kanvas kosong untuk anda masukkan teks dan juga efek sebelum dikongsikan ke rakan-rakan.

Kemas kini aplikasi Messenger anda ke versi terbaru untuk mencuba fungsi baru ini.

You might also like