
Grab melancarkan sesuatu yang unik untuk anda semua. Bagi menghargai khidmat pemandu Grab dan membuka mata masyarakat, Grab melancarkan komik “Driving Malaysia” yang menceritakan kisah hidup beberapa pemandu Grab yang sangat menarik.
Selain itu, melalui kerjasama dengan Maple Comics dalam penghasilan buku ini, Grab membuka peluang kepada artis komik tempatan mengetengah dan mempromosi bakat mereka kepada masyarakat luar. Driving Malaysia menceritakan 9 kisah yang dikongsikan pemandu Grab dan dibentangkan dalam bentuk visual komik oleh pelukis seperti Azwanjjai, Michelle Lee, Max Loh dan Pokcik Fingernailz.
Bersempena dengan pelancaran buku ini, Grab melancarkan kempen ‘Ride the Arts’ yang bermula dari 15 sehingga 18 Disember 2016. Sepanjang tempoh berkempen, Grab memperkenalkan empat ComiCar yang dihias khas dengan lukisan “Driving Malaysia” untuk anda menaiki. Untuk menambah keseronakan kempen ini, 200 penumpang pertama menaiki ComiCar bakal menerima buku ini secara percuma.
Di samping itu, Grab juga menghadiahkan 500 naskhah buku komik di Comic Fiesta 2016 yang berlangsung di PWTC dari 17 hingga 18 Disember.
Sekiranya anda berminat mendapatkan buku ini, sila ikuti langkah ini:
- Langkah 1: Tempah Grab (teksi atau GrabCar, dibayar secara tunai atau kad)
- Langkah 2: Lawati Grab Booth
- Langkah 3: Kemukakan butiran perjalanan anda