Sekatan Bateri Untuk Galaxy Note7 Di Malaysia

headerMasih ada lagi pengguna yang enggan memulang dan menukar peranti Galaxy Note7 mereka. Masalah ini berlaku secara global, Samsung telah berusaha sedaya upaya menawarkan program penukaran dan melakukan kemas kini perisian bagi memaksa pemilik Galaxy Note7 menghantar semula peranti mereka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Samsung telah melancarkan kemas kini Galaxy Note7 di mana ia akan menghadkan kuasa bateri peranti tersebut kepada 30%, lantas memendekkan jangka hayat operasi peranti di dalam satu kitaran kuasa. Kami sarankan kepada mereka yang belum menukar peranti mereka agar berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk, maklumat lanjut layari Samsung.

 

You might also like