Tarikh Program Tukaran Galaxy Note 7 Di Malaysia

1Noname Ini merupakan tarikh penting yang harus anda tahu, terutama sekali kepada pemilik Samsung Galaxy Note 7 di Malaysia. Seperti yang anda sedia maklum, Samsung sudah pun memulakan langkah untuk menarik semula jualan peranti terbaru mereka dan memulakan program penukaran Samsung Galaxy Note 7 di seluruh dunia.

Bagi pasaran Malaysia, program tersebut akan bermula pada 29 September 2016. Anda haruslah memulangkan peranti tersebut kepada pusat jualan di mana anda mendapatkan peranti tersebut. Peranti yang dipulangkan mestilah hadir bersama kotak dan aksesori asal (soket, kabel, earphone dan penyambung USB).

 

You might also like