
Google Membayar Apple USD 1 Bilion
Apple telah menghentikan servis Google Maps pada peranti iPhone semenjak tahun 2012, tetapi masih mengekalkan Google sebagai enjin carian mereka. Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Apple melakukan sedemikian?
Tahukah anda bahawa Google telah membayar Apple sejumlah wang yang besar bagi mengekalkan servis enjin carian mereka pada peranti iPhone. Jumlah bayaran tersebut telah dibocorkan pada satu sidang mahkamah di mana Oracle mendakwa Google menggunakan sistem Jaya dalam menghasilkan Android. Google dilaporkan mempunyai persetujuan dengan Apple untuk bayaran bagi setiap keuntungan yang dibuat melalui enjin carian mereka dan pada tahun 2014 jumlah bayaran telah mencecah USD 1 bilion.

