
Facebook Melancarkan Platform Informasi Sukan
Facebook telah meluaskan servis informasi mereka dengan melancarkan Facebook Sports Stadium, laman sosial sukan itu akan memberikan pengguna informasi semasa sukan, liputan teks, statistik dan komen dari pakar sukan terkenal.
Dianggarkan sebanyak 650 juta peminat sukan akan menggunakan platform tersebut, menjadikan ianya antara sumber berita sukan yang mempunyai jumlah pengikut yang tertinggi. Pengenalan platform tersebut dilihat sebagai alternatif kepada Twitter yang mempunyai servis yang hampir sama dikenali sebagai live–tweeting.
Buat masa kini Facebook Sports Stadium memberikan laporan semasa permainan American Football dan dijangkakan acara sukan seperti bola keranjang dan bola sepak bakal menyusul tidak lama lagi.

