Percuma vivo V9 Dengan Pelan Celcom FIRST™ Platinum

Celcom hari ini menawarkan vivo V9 secara percuma kepada para pelanggan yang mendaftar pelan Celcom First Platinum. Pelan pascabayar ini menawarkan data internet 60GB, panggilan tanpa had ke semua rangkaian, percuma 100GB Super VideoWalla, serta data tanpa had WhatsApp dan WeChat secara percuma.

Tawaran percuma ini juga diberikan kepada pelanggan yang mendaftar pelan First Platinum Plus, sementara untuk pelan First Gold Plus dan First Gold Supreme, pelanggan perlu membayar harga peranti bermula pada RM418. Para pelanggan yang mendaftar untuk mana-mana pelan di atas akan membawa pulang hadiah percuma bernilai RM199.

VivoV9 sebuah telefon pintar yang dilengkapi paparan penuh bertakuk, sistem dwi-kamera utama 16 MP + 5 MP, serta kamera swafoto 24 Megapiksel. Harga runcit yang dicadangkan di pasaran pula ialah RM1,399.

Bagi yang berminat untuk pelan yang ditawarkan, anda boleh ke berkunjung ke mana-mana Celcom Blue Cube seluruh Malaysia. Info lanjut boleh layari laman rasmi Celcom.

Rasmi! vivo V9 Berharga RM1,399 – Kamera Depan Sokong AI Face Beauty

You might also like