2 Model Terbaru Keluaran vivo Rasmi Diperkenalkan

1Ketibaan vivo X7/X7Plus! vivo hari ini telah melancarkan dua peranti terbaru mereka yang menggunakan pemproses Snapdragon 652 secara rasminya. vivo X7 dan X7 Plus yang dilancarkan di China ini akan mula dijual bermula Julai 2016.

vivo X7
vivo X7
vivo X7 Plus
vivo X7 Plus

vivo X7 Plus menampilkan paparan skrin lebih besar iaitu berukuran 5.7 inci berbanding 5.2 inci pada model vivo X7, tetapi kedua-duanya dibekalkan dengan teknologi HD AMOLED. Selain dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 652, X7 dan X7 Plus menawarkan memori RAM berkapasiti 4GB dengan memori dalaman sebesar 64GB.

4
vivo X7
vivo X7 Plus
vivo X7 Plus

Kehadiran lensa penggambaran belakang 16 Megapiksel dan kapasiti bateri sebesar 4000mAh turut membezakan X7 Plus dengan X7. Ini kerana X7 hanya menyokong kamera utama 13 Megapiksel serta bateri Li-Ion berkapasiti 3000mAh. Kelebihan kedua-dua smartphone ini menyokong kamera depan untuk penggambaran selfie yang tinggi, iaitu beresolusi 16 Megapixel.

Dari segi sistem operasi pula, X7 Plus dan X7 dioperasikan oleh Android 5.1 Lollipop dengan paparan antaramuka FunTouch OS 2.5.1. Harga jualan untuk vivo X7 adalah RMB 2498 (~RM 1499), manakala harga untuk X7 Plus masih belum diumumkan.

You might also like